Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya membungkus untuk diberikan kepada sebahagian pengunjung sambil diiringi Pengerusi FAMA, Haji Ishak Ismail (kiri) dan Ketua Pengarah FAMA, Haji Zainal Abidin Yang Razalli (dua kiri) pada Program Harga Runtuh Buah-buahan Tempatan dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM Ke- 52 dan FAMA ke - 54 di Tapak Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 13 OKTOBER 2019

SHAH ALAM РSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan telah menahan reman tiga individu termasuk dua pegawai Radio Televisyen Malaysia (RTM)  bagi membantu siasatan penyelewengan dana Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, tiga individu terbabit disyaki sebagai suspek utama dalam penyalahgunaan dana LZS yang bernilai berpuluh ribu ringgit.

“Sememangnya di peringkat SPRM Selangor telah membuat tangkapan dan reman terhadap tiga orang yang terlibat termasuk dua pegawai daripada RTM.

“Ini adalah melibatkan isu penggunaan wang Lembaga Zakat Selangor.

“Jumlah (akan dipanggil) kita masih dalam siasatan tapi berpuluh ribu nilai dana,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau melawat Tapak Pasar Mega Seksyen 13 di sini sempena Ulangtahun SPRM Selangor ke-52 dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Latheefa juga berkata, penahanan reman dua pegawai stesen penyiaran itu bagi tempoh lima  hari telah dibuat sejak seminggu lalu.

“Kami dapat reman lanjutan lima hari bermula sejak seminggu lepas,” katanya.

Katanya lagi, sehingga kini SPRM telah memanggil 11 saksi bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dana umat Islam itu

“Sudah 11 orang saksi yang telah disoal termasuk tiga orang dikatakan suspek,” katanya.

Belia turut menjangkakan siasatan kes itu akan diselesaikan selewat-lewatnya minggu depan.

“Diharap siasatan akan selesai dalam seminggu dua ini dan kami akan maklumkan hasilnya jika ada pendakwaan.

“Kami akan hantar kertas siasatan kepada pihak pendakwa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.