Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak dunia dalam dagangan hari ini menyaksikan sedikit perubahan, naik 2% berbanding hari Jumaat berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah, selain penangguhan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Minyak mentah Brent naik AS$0.09 kepada AS$60.60 setong pada 1208 GMT, manakala West Texas Intermediate didagangjan AS$54.79, bertambah AS$0.09.

Kedua-dua kontrak melonjak lebih 3% minggu lepas – kenaikan pertama dalam tempoh tiga minggu.

Keuntungan itu diraih selepas kapal minyak Iran diserang di perairan Arab Saudi di Laut Merah.

Siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti sama ada ia diserang oleh peluru berpandu, jika benar ia akan meningkatkan ketegangan antara Tehran dan Riyadh. – MalaysiaGazette