Arsene Wenger.

LONDON – Arsene Wenger mengakui kesetiaannya terhadap Arsenal memberi kesan kepada kejayaan dalam kerjayanya dengan menyatakan bahawa ‘beliau boleh memenangi lebih banyak trofi dengan pergi ke tempat lain’.

Pengurus yang mengendalikan the Gunner pada 1996 hingga 2008 mejuarai Liga Perdana sebanyak tiga kali dan Piala FA sebanyak tujuh kali sepanjang bersama kelab utara London itu.

Wenger dikaitkan dengan kelab lain ketika bersama Arsenal, terutamanya Real Madrid, namun beliau kekal setia dengan kelab tersebut, lapor Metro.

Pengurus berusia 69 tahun itu mengaku ia telah menyebabkan kehilangan trofi sepanjang kerjayanya walaupun berpuasa hati dengan keputusan yang diambilnya itu.

“Tidak menyesal,” kata Wenger kepada beIN Sports.

“Menyesal mungkin kerana saya berkorban sedikit potensi untuk menang terhadap potensi kesetiaan, atau keinginan untuk membina kelab dan pengaruh saya di kelab ini apabila kami membina stadium, berlawanan dengan hakikat bahawa saya mungkin boleh menang lebih banyak (piala) dengan pergi ke tempat lain dengan (menyediakan) perbelanjaan yang lebih banyak.

“Akhirnya saya gembira lakukan apa yang telah saya lakukan. Ketika muda saya berpendapat muda, saya mahu bekerja dengan cara saya yang saya sukai,”.

“Pada hari ini saya mempertimbangkan sama ada ‘saya telah laku dengan betul atau tidak?’ Bagaimanapun saya rasa, saya bersama sebuah kelab (Arsenal) di mana saya temui kehendak saya dengan cara bekerja yang saya mahukan.

“Mengapa ubahnya dan mungkin terdapat situasi lebih kejayaan namun dalam situasi kurang gembira dan kurang situasi pengaruh, yang mana saya mempunyai kurang pengarug dalam kelab (Real Madrid)?

“Oleh itu, saya memutuskan untuk terus mencuba dengan kisah cinta saya (di Arsenal),”.

Wenger sekali lagi dikaitkan dengan Real Madrid pada tahun lalu apabila Julen Lopetegui kehilangan kerja tatapi berkata, beliau tidak pernah dihubungi oleh kelab itu mengenai peranan tersebut.

Bekas bos Minaco masih berminat untuk kembali ke Arsenal untuk tugas pengurusan dan amsih belum bersara, tetapi kekal sabar ketika beliau menunggu peluang yang sesuai muncul.

Mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis, Paris Saint-Germain atau berhijar ke Liga Super China telah menyediakan pilihan kepada Wenger sebelum ini, namun tiada pekerjaan baharu dalam masa terdekat. – Agensi