Ong Kim Swee

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya Bawah 22 tahun kendalian Datuk Ong Kim Swee telah diundi dalam kumpulan A Sukan Sea 2019 di Filipina yang akan berlangsung dari 26 November hingga 9 Disember ini.

Keputusan undian itu telah membuka laluan muda untuk skuad Sukan SEA negara apabila diundi bersama tuan rumah temasya kali inim Myanmar, Kemboja dan Timor Leste.

Manakala Kumpulan B pula terdiri daripada Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Bola sepak wanita negara juga diundi dalam kumpulan A bersama tuan rumah Filipina dan Myanmar, manakala Kumpulan B pula terdiri daripada Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Kim Swee berkata, walaupun atas kertas peluang cerah untuk skuad kebangsaan mara ke peringkat seterusnya,  namun tidak boleh mengambil mudah.

Ini kerana pasukan lain juga bersiap sedia lebih awal terutama dengan dua pemain berumur yang akan memberi kekuatan seimbang termasuk pasukan negara bersaing dalam temasya kali ini.

Skuad B22 Sukan Sea diundi dalam kumpulan A dianggap laluan mudah ke final Sukan Sea Manila November ini.-sumber:FAM

Beliau mengakui ada niat untuk melangkah ke peringkat lebih jauh tetapi harus memikirkan perlawanan demi perlawanan dan keputusannya termasuk jadual ketat dan strategi pasukan.

“Ditanya sama ada wujud peluang mara ke final, beliau  menegaskan persaingan akan bertambah sengit khususnya kumpulan B yang terdiri daripada Indonesia, Vietnam, Thailand serta Singapura dan Brunei.

“Kita tak boleh memikirkan pingat emas buat masa ini tapi harus memikirkan bagaimana untuk mara ke separuh akhir dan juga ke final tetapi fokusnya untuk juarai peringkat kumpulan terlebih dahulu,” katanya di sini.

Mengenai penambahan dua pemain berumur dalam skuad Sukan SEA, beliau berkata, kemasukan mereka akan ditentukan selepas perlawanan pasukan Kebangsaan dengan Indonesia dalam Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022, khususnya melibatkan pemain kebangsaan seperti Safawi Rashid.

Ditanya mengenai peluang pemain bawah 19 tahun negara Luqman Hakim Shamsudin dalam skuadnya ke Sukan SEA, Kim Swee berkata, penyerang muda licik itu memang ada dalam senarai panggilan.

Namun terpulang kepada latihan dan perlawanan persahabatan sebelum bertolak ke Manila pertengahan November nanti.

“Kita tidak tahu pasti atau tidak sebab walaupun Luqman pemain berpotensi tinggi kita tidak boleh terburu-buru dalam isu dia kerana dia belum beraksi dalam latihan dan aksi peringkat tinggi.

“Ketika ini dia cuma beraksi pasukan bawah 19 tahun negara maka kita harus memberikan masa pada Luqman untuk menyertai pasukan kita dengan cara teratur.

“Kalau kita terburu-buru dalam hal Luqman, risau akan ada impak berlainan pada masa hadapan,” ujarnya.

Katanya, beliau akan memutuskan skuad 25 bagi pemain di bawah 22 ke Sukan SEA Manila apabila berlatih mulai 4 November ini.

Beliau mungkin akan mengumpul 25 pemain tidak termasuk pemain kebangsaan dengan berkemungkinan satu perlawanan persahabatan tempatan dan antarabangsa, sebelum memuktamadkan senarai pemain sah ke Manila. – MalaysiaGazette