Sepucuk surat dari Donald Trump kepada Presiden Turki. foto BBC

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah ‘meletakkan’ surat Presiden Donald Trump di dalam bakul sampah.

Dalam surat bertarikh 9 Oktober yang dihantar selepas Amerika Syarikat menarik keluar tentera dari Syria, Trump telah memberitahu Erdogan: ‘Jangan jadi lelaki yang sukar. Jangan jadi bodoh!”.

Sumber-sumber Erdogan memaklumkan kepada BBC bahawa surat Erdogan ‘ditolak sepenuhnya’ oleh Presiden Turki itu.

Semasa surat itu diterima, Turki sudah melancarkan serangan sempadan ke atas tentara yang diketui oleh Kurdish.

“Marilah kita bekerja keras! Anda tidak mahu bertanggungjawab menyembelih ribuan orang, dan saya tidak mahu bertanggungjawab memusnahkan ekonomi Turki – dan saya akan.

“Sejarah akan melihat anda dengan baik jika anda melakukannya dengan cara yang betul dan berperikemanusiaan. Ia akan melihat anda selama-lamanya seperti syaitan jika perkara-perkara yang tidak baik berlaku,” kata Trump dalam surat itu.

Sebagai tindak balas, sumber Presiden Turki berkata: “Presiden Erdogan menerima surat itu, menolaknya dan meletakkan ia di dalam tong sampah.”

Sukar untuk membayangkan bahasa seperti itu dalam surat-surat antara presiden-presiden, tulis BBC. – MalaysiaGazette