NEW YORK- Saudi Aramco terpaksa menangguhkan pelancaran Tawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat tersebut sekurang-kurangnya untuk beberapa minggu lagi, demikian menurut sumber yang diberi taklimat mengenai situasi tersebut.

Dipercayai, tindakan tersebut adalah disebabkan oleh kejadian letupan di lojinya beberapa bulan lalu.

Pelancaran IPO terbesar di dunia itu dijadualkan bermula dengan penjualan saham pada 20 Oktober ini disusuli dengan promosi besar-besaran semasa forum pelaburan utama Arab Saudi, Davos di gurun seminggu selepas itu dan seterusnya IPO pada akhir November.

Namun begitu, penyenaraian tersebut dilihat mungkin akan dilaksanakan pada Disember atau Januari.

Syarikat minyak Arab Saudi itu dalam satu kenyataan berkata, waktu pelancaran IPO adalah bergantung kepada keadaan pasaran dan ia akan terus berhubung dengan pemegang-pemegang saham berhubung aktiviti yang berkaitan dengan penyenaraian.

Penangguhan tersebut membolehkan bank-bank di Wall Street menasihatkan syarikat pengeluar minyak itu untuk mengambil kira prestasi kewangan suku ketiganya ke dalam pra-penilaian IPO, kata salah seorang sumber yang enggan dinamakan.

Katanya, bank-bank tersebut masih bergelut untuk mendapatkan penilaian AS$2 trilion seperti yang dikehendaki oleh Aramco.

Tahun lepas, Aramco menangguhkan IPO selepas lebih dua tahun membuat persiapan berikutan pelabur-pelabur antarabangsa tidak berminat dengan penilaian AS$2 trilion yang diletakkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman ke atas syarikat tersebut.

Kali ini, Arab Saudi memilih jalan yang lebih mudah dengan memulakan penyenaraian di Riyadh dan melupakan rancangan untuk disenaraikan di London atau New York.

Ia juga meminta bank-bank tempatan serta keluarga-keluarga kaya untuk menyokong IPO berkenaan.-Agensi

Saudi Aramco terpaksa menangguhkan pelancaran Tawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat tersebut sekurang-kurangnya untuk beberapa minggu lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast