Tan Sri Musa Aman
Tan Sri Musa Aman

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman daripada lima pertuduhan rasuah berjumlah AS$12.8 juta dalam transaksi berkaitan konsesi balak di negeri itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan pembebasan itu walaupun Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan.

‚ÄúPertuduhan itu tidak boleh dikekalkan terhadapnya. Saya perintahkan pembebasan,” kata Sequerah.

Bagaimanapun, Musa masih berdepan dengan 30 pertuduhan rasuah walaupun pendakwaan mengemukakan pindaan, menurut laporan FMT.

Musa dibenarkan duduk di kandang tertuduh atas faktor kesihatan mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.- MalaysiaGazette