Joel Matip secara rasmi memperbaharui kontraknya bersama Liverpool untuk kekal sehingga 2024 di England

LONDON – Liverpool mengumumkan secara rasmi Joel Matip menandatangani kontrak baharu jangka panjang untuk kekal sehingga tahun 2024 di Anfield.

Pemain berusia 28 tahun itu berjaya meningkatkan statusnya sebagai pemain cemerlang dengan aksi luar biasa sepanjang musim ini sebelum disambung kontrak oleh the Kops.

Matip berjaya menjadi gandingan mantap bersama Virgil Van Dijk di bahagian pertahanan Liverpool.

Matip meninggalkan Schalke 04 dan menyertai Liverpool pada 2016.

Pengurus pasukan itu Jurgen Klopp menyifatkan pembelian sebagai pelaburan terbaik kelab itu dalam beberapa tahun ini dan gembira pemain itu akan terus kekal bersama kelab untuk tempoh panjang.

Matip juga meluahkan keterujaan selepas mengesahkan penyambungan kontrak bersama the Reds.

“Perasaan saya ketika ini tidak dapat diungkapkan dengan kata kata selepas sambung kontrak sehingga 2024.

“Dari luar kita tahu Liverpool sebuah kelab besar tetapi apabila kamu menjadi sebahagian dalam keluarga itu, kamu dapat merasakan sebenarnya betapa besar kelab itu di England.

“Liverpool adalah kelab yang setiap pemain impikan untuk beraksi selama yang boleh dalam karier masing-masing,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast