Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Tindakan Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau menghasilkan buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” dan melabelkan penyokong Melayu menyokong komuniti Uighurs sebagai radikal dibidas Menteri Belia dan Sukan.

Sambil menyatakan kekesalan dengan kenyataan penyokong DAP yang lebih dikenali sebagai Superman itu, Menteri Belia dan Sukan menyifatkan Kuan Yau sebenar Super Stupid Superman dalam ciapan Twitter beliau hari ini.

Reaksi Syed Saddiq dalam ciapan Twitternya terhadap Superman yang melabelkan penyokong Melayu terhadap komuniti Uighurs sebagai Radikal.

“Saya akan ulang pendirian saya pada tahun 2016. Dia memang “Super Stupid Superman”.Dahulu (2016), kata South China Sea milik China, sekarang melabel penyokong Melayu yang menyokong komuniti Uighurs sebagai “radikal”.

If this is not racism, i don’t know what is ((jika ini bukan rasis, saya tak tahu apa yang lagi)..menjijikkan,” kata Syed Saddiq meluahkan kekecewaannya.

Beliau turut memuat naik beberapa keratan buku komik yang dihasilkan Superman dan artikel portal berita tempatan memetik kenyataan aktivis iaitu ‘DAP harus mendisiplinkan Super Stupid Superman’.

Status Ahli Parlimen Muar itu mendapat komen daripada seorang pengikutnya dalam twitter yang menggunakan nama @abdyns berbunyi: Tahniah SS! anda jujur dalam perjuangan. perkara yang salah dikatakan salah”.

Malah ada juga pengguna Twitter yang mencadangkan supaya Syed Saddiq mengambil tindakan undang undang ke atas Superman.

Justeru ada juga pengguna Twitter yang meminta :“Tak naklah orang kita cakap saja. We need to see the government’s legal actions”. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast