SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang didakwa mahu menubuhkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah hanyalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Sebaliknya Ahmad Zahid berkata, hasrat Hishammuddin itu jika benar hanyalah semata-mata mahu melihat parti politik Islam dan Melayu di negara ini bersatu-padu.