Graduan UM, Wong Yan Ke (tengah) bergambar dengan peguamnya, Asheeq Ali Sethi Alivi (kiri) pada sidang media selepas berjaya mendapatkan sijil ijazah miliknya di Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Meskipun telah diserahkan sijil ijazahnya namun graduan yang telah mencetuskan kontroversi ketika majlis  konvokesyen baru-baru ini masih belum berpuas hati dengan Universiti Malaya (UM).

Menerusi peguamnya Asheeq Ali, pihak UM didakwa menipu kerana mengeluarkan kenyataan bercanggah apabila menahan penyerahan sijil selama dua hari.

Jelasnya, transkrip para graduan sepatutnya diserahkan bermula 16 September yang lalu namun Wong Yan Ke hanya dipanggil pada 18 Oktober (Khamis).

Sehubungan itu, beliau menggesa UM memberi penjelasan sebab menahan sijil selama dua hari kepada graduan Kejuruteraan Awam itu.

“Saya melihat satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh lembaga pengarah UM bertarikh 19 Oktober (hari ini) yang menyatakan UM tidak menahan sijil graduan anak guam saya, kenyataan itu menipu semata-mata kerana ijazah tersebut telah ditahan dan dia tidak dapat ambil ijazah tersebut dari tarikh bergraduasi sehingga mereka panggil ambil izajah rersebut semalam (18 Oktober).

“Saya hendak pihak universiti jelaskan kenapa mereka cakap tidak tahan sijil anak guam saya tetapi telah tahan dua hari. Kalau mereka tidak jelaskan bermakna mereka memburukkan prestasi universiti kerana menipu masyarakat,” katanya ketika sidang media di Bangunan Peperiksaan UM hari ini.

UM dalam kenyataan hari ini menyatakan pihaknya tidak menahan skrol dan transkrip akademik ataupun menarik balik ijazah Yan Ke.

Menurut Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UM, Tengku Datuk Dr. Mohd. Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim, Yan Ke telah dimaklumkan boleh mengambil transkrip akademiknya pada bila-bila masa bermula 18 Oktober.

Dalam masa yang sama graduan yang mengangkat plakad ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ itu menggesa agar laporan polis terhadapnya ditarik balik sebagai bukti pihak universiti mempertahankan kebebasan hak bersuara dan demokrasi.

Yan Ke juga mengulangi kesediaannya mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor UM, Datuk Abdul Rahim Hashim yang disifatkannya masih perlu memberi penjelasan tentang ucapannya ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober yang lalu.

“Keluarkan kenyataan sahaja tetapi tarik balik laporan polis yang dibuat terhadap saya, untuk membuktikan mereka mempertahankan hak untuk bersuara. Saya masih tidak rasa pihak universiti berada di landasan yang betul.

“Saya bersedia berjumpa dengan VC, beliau perlu beri penjelasan kalau apa yang saya cakap salah jelaskan saya salah.

“Saya yang bersedia bertemu dengan dia saya tidak mahu serang secara peribadi lagi terhadapnya, saya harap kami berdua boleh berbincang dengan baik.

“Beliau bersikap tidak profesional sebab tidak menjelaskan dirinya menjelaskan semua yang timbul,” katanya.

Yan Ke mempertahankan tindakannya menggunakan pentas konvokesyen bagi menyuarakan ketidakpuasan hati, kerana berpandangan ianya tidak salah seperti mana protes yang dilakukan oleh Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

“Jangan kata tempat ini tidak sesuai, kita nampak banyak Ahli Parlimen, mereka protes dalam Parlimen adakah ini menunjukkan mereka tidak beradab?

“Mereka sebenarnya tidak hormat kepada Yang di-Pertuan Agong?” soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ijazah pelajar biadap tak ditahan- UM

 

1 Komen

  1. Budak melayu berselfie pun kena tahan… Budak cina menjerit-jerit atas pentas mcm beruk di bela oleh Tim menteri pelajaran hahaha Malaysia Malaysia… Apo kono eh

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.