MANCHESTER – Liverpool terpaksa berputih mata untuk menyamai rekod 18 kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris apabila terikat 1-1 ketika berdepan Manchester United awal pagi tadi.

Namun gol penyamaan Adam Lallana memadai buat juara Eropah itu mengelak kekalahan pertama musim ini selepas gol kontroversi Marcus Rashford membolehkan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer mendahului 1-0 pada babak pertama.

Lallana yang masuk sebagai pemain gantian tidak dikawal menjaringkan lima minit sebelum masa tamat.

Liverpool kini enam mata di depan Manchester City dan kekal di tangga teratas manakala United terus tenggelam di tangga ke-13 dengan dua mata lagi ke zon penyingkiran.

Liverpool tidak menurunkan Mohamed Salah yang masih cedera dan mereka kembali menggunakan khidmat penjaga gol Brazil, Alisson Becker yang pertama kali disenaraikan selepas sembuh dari kecederaan pada awal musim.

United yang memilih untuk berkubu di kawasan mereka dan sesekali melancarkan serangan balas selepas
Solskjaer beralih ke formasi 3-5-2. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast