TERKINI : “Fitnah Saya Penyokong LTTE” Selepas Kritik Zakir Naik – P. Ramasamy

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang, P. Ramasamy mendakwa wujud cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan beliau dengan pergerakan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) bagi menghentikan kritikan terhadap penceramah, Zakir Naik.

Kata beliau, peranannya di Sri Lanka lebih melibatkan tugas sebagai seorang pendamai namun disalahertikan sebagai memberi sokongan kepada LTTE.

“Saya percaya tindakan ini berniat untuk menghentikan saya dari terus mengkritik Zakir Naik. Namun saya secara peribadi tidak ada apa-apa masalah atau tentangan ke atas pendakwah bebas itu.

“Zakir Naik datang ke Malaysia ceramah tentang Islam tidak ada masalah tapi cuma jangan burukkan orang bukan Islam, jangan api-apikan kita, jangan pertikai kesetiaan kita.