Maharaja Naruhito ke126 Jepun ditabalkan secara rasmi di Istana Imperial Tokyo hari ini. foto Agensi Reuters

TOKYO –  Putera Naruhito yang ditabalkan sebagai Maharaja Jepun secara rasmi hari ini, berikrar akan melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai simbol negara ketika
majlis pertabalannya.

Majlis itu dihadiri oleh 180 ketua dan pemimpin daripada pelbagai negara.

Maharaja Naruhito, 59, dipilih untuk menaiki takhta pada bulan Mei selepas ayahnya, Putera Akihito turun takhta selepas dua abad menjadi pemerintah tertinggi Jepun.

“Saya bersumpah bahawa saya akan bertindak mengikut Perlembagaan dan memenuhi tanggungjawab saya sebagai lambang negara dan perpaduan rakyat.

“Saya sangat berharap agar Jepun akan terus maju dan menyumbang kepada persahabatan dan keamanan masyarakat antarabangsa dan kepada kebajikan dan kemakmuran kemanusian melalui kebijaksanaan rakyat,” katanya di hadapan kira-kira 2,000 jemputan termasuk Putera Charles dari Britain. – MalaysiaGazette