Gambar Hiasan. foto AFFAN FAUZI, 01 JANUARI 2019.

KUALA LUMPUR – Monson Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 24 Oktober ini hingga Mac 2020.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), dalam tempoh tersebut, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku.

“Semasa fasa awal Monson Timur Laut iaitu sehingga awal Januari 2020, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Manakala pada awal Januari dan Februari, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Sarawak dan Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, hujan lebat yang berlarutan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir.

Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk, tambah kenyataan itu.

“Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan,” ujarnya.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan nasihat dan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman sesawang dan laman media rasmi jabatan itu selain aplikasi mobil myCuaca.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia di talian 1-300-322-1638 untuk pertanyaan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast