Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan pada 11.15 malam itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu, kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, Perodua Myvi dan Axia, Honda Accord serta dua buah treler.

GEORGE TOWN – Seorang anggota Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) meninggal dunia ketika sedang menjalankan latihan Full Scale Exercise-Crash Practise 2019 di lapangan terbang itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A Anbalagan berkata, mangsa, Shaffiee Hassan, 59, yang diserang penyakit jantung semasa latihan itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 11.15 pagi.

“Semasa sedang menjalani operasi menyelamat dalam latihan itu kira-kira pukul 10.15 pagi di kawasan runway, mangsa mengadu keletihan dan disuruh berehat. Dia bersama dua anggota AFRS berada dalam jentera AFRS 20 ketika itu,” katanya di sini hari ini.

Katanya, ketika anggota itu hendak turun dari jentera AFRS, dia telah terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan yang turut menyertai latihan berkenaan namun masih tidak sedarkan diri.

Menurutnya, lelaki yang telah berkhidmat selama 20 tahun sebagai anggota AFRS itu terus dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung dan tiada sebarang unsur jenayah dalam kematiannya,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast