Foto Instagram Natasha Hudson.

KUALA LUMPUR- Selepas mengesahkan perkahwinan kali keempat dengan ahli perniagaan Noor Nashiq Sekanor sudah pun berakhir awal Oktober lalu, pelakon Natasha Hudson mendedahkan hidupnya penuh dengan penderitaan sepanjang sembilan bulan berumah tangga.

Natasha juga memberitahu dia dua kali keguguran serta mengakui sedih dan kecewa di atas kehilangan besar dalam perkahwinannya itu.

Ujarnya lagi, rumah tangganya sudah pun bermasalah pada hari pertama perkahwinan.

“Hanya sedikit kebahagiaan yang dikecapi sepanjang berkahwin, selebihnya penuh dengan penderitaan. Sebenarnya, pada hari pertama perkahwinan lagi rumah tangga kami sudah mula bermasalah.

“Justeru, saya reda dengan kehilangan dua kehamilan itu kerana percaya dengan perancangan dan ketentuan Allah SWT,” katanya kepada Harian Metro.

Dedah Natasha lagi, tiga anaknya juga turut menderita dalam  perkahwinan kali keempatnya yang bermasalah itu.

Katanya lagi, dia terpaksa berjauhan dengan anak-anak dia hanya dapat berjumpa sebulan sekali sahaja.

“Bila saya tidak bahagia, tiga anak juga turut menderita. Justeru, anak-anak dan ahli keluarga sangat bersyukur akhirnya saya dapat keluar daripada kemelut rumah tangga,” katanya.

“Saya hanya dapat bertemu tiga anak sebulan sekali. Pastinya ia tidak cukup kerana anak-anak sangat rapat dan memerlukan kasih sayang saya sebagai ibu mereka,” katanya.

Terdahulu, Natasha mengesahkan bercerai talak satu dengan ahli perniagaan Kelantan pada selepas sembilan bulan berkahwin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast