Datuk Dr. Zainal Kling

KUALA LUMPUR – Ketua Eksekutif Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu, Prof Emiritus Datuk Dr Zainal Kling hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung ucapannya pada kongres berkenaan.

Beliau tiba bersama peguam dan wakil kongres, memasuki Bukit Aman pukul 10 pagi.

Rabu lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata polis mengambil keterangan Zainal berhubung ucapannya pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di Shah Alam, 6 Okt lepas.

Menurut Huzir, Zainal dipanggil ke Bukit Aman berikutan laporan polis yang dibuat pegawai khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pada kongres itu, Zainal dilapor membuka tirai dengan beberapa kenyataan keras yang menyentuh isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan raja-raja dan kedudukan istimewa orang Melayu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast