SUBANG JAYA – “Boleh juga kita jumpa (bincang) tetapi macam Tan Sri (Muhyiddin) katalah, dia juga telah tandatangani (setuju)”
Itu ulasan ringkas Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung keperluan perbincangan semula proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan ia seharusnya dibincangkan secara muafakat dalaman secara terperinci antara pemimpin PH.
Menurut Wan Azizah, peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri telah pun dipersetujui semua pemimpin komponen PH sebelum ini.
Beliau ditemui selepas selepas melancarkan Kempen Cintai Alam Sekitar anjuran Ecobio Pack Sdn Bhd dan NGO Pawana di sini, hari ini.
Mengenai kenyataan penganalisis dasar awam Lim Teck Ghee yang menyifatkan Malaysia di bawah kerajaan PH sebagai ‘bencana tidak terkawal’, Wan Azizah menggesa penganalisis itu membuat perbandingan yang lebih adil.
“Jika BN (Barisan Nasional) terus (memerintah), (isu) 1MDB tidak terbongkar, macam-macam (penyelewengan) lagi tidak terbongkar…analisis yang itu juga. Nak kritik memang senang, tetapi perlu adil,” katanya dipetik dari Bernama hari ini.
Beliau berkata, kerajaan PH sedang melaksanakan mandat rakyat iaitu memperbaiki kepincangan yang telah dilakukan oleh pemerintah terdahulu.
Semalam sewaktu Forum ‘Whiter Maruah Malaysia 2.0’ Lim mendakwa kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan hari ini semakin berkembang dan menyifatkan pemerintahan PH sebagai satu ‘bencana yang tidak terkawal’.- MalaysiaGazette
Ada baik tukar Kerajaan dan
Banyak buruk bila dah tukar Kerajaan
Kak Wan minta penetilian adil tapi
Sendiri macam buta pada rintihan rakyat
Jika benar PH betul2 baik
Mengapa rakyat menderita
Ada ke tanah orang Melayu mau dibeli harga
Berdadar tahun 80an.
Mengapa business merosot perkembangan business malap petani nelayan menangis dan ramai pekerja Di buang.
Dimana majunya negara melainkan hanya mainan angka dari LGE……
Cuba tunjukkan dan buktikan yg PH itu maju makin selesa tidak menindas dan tidak berdendam dengan rakyat yang memilih PH Sebagai Kerajaan??????