TERKINI : Anwar Nafi Belum Terima Laporan “Keahlian Salleh Keruak Dalam PKR”

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan media bahawa partinya sudah menerima keahlian bekas Menteri UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Menurut beliau, proses untuk menilai permohohan bekas Ketua Menteri Sabah itu masih berjalan dan belum ada apa-apa keputusan dibuat.