Franck Ribery

MILAN – Franck Ribery memohon maaf selepas digantung tiga perlawanan kerana menolak pembantu pengadil selepas kekalahan dramatik Fiorentina ke atas Lazio dalam saingan Serie A Itali, semalam.

Penyerang veteran Fiorentina itu dijatuhkan hukuman penggantungan selepas dia bertindak mengugut dan memaki hamun dan menolak pembantu pengadil Matteo Passeri selepas wisel penamat.

Panel disiplin Persekutuan Bolasepak Itali membuat keputusan penggantungan itu selepas video yang dikeluarkan pada minit ke-74, menunjukkan rasa tidak puas hati Ribery terhadap gol kemenangan Lazio.

Penyerang Perancis berusia 36 tahun itu didapati “tidak sopan” dan tribunal disiplin Serie A menyatakan Ribery menghampiri penjaga garisan dengan “tingkah laku mengancam” kerana dua kali menolaknya.

Kamera televisyen menunjukkan dia gelisah di bangku simpanan, menjerit berulang kali di Montella.

Kemarahan itu tidak dapat dibendung lagi di penghujung perlawanan, selepas Fiorentina tewas 1-2 kepada Lazio menerusi jaringan kontroversi pada minit ke-88.

Dia dikatakan menolak salah seorang daripada pembantu pengadil sebanyak dua kali ketika menuju ke bilik persalinan.

Terdahulu Ribery – yang didenda 20,000 euro (RM92,865) – memohon maaf di laman Twitter atas tingkah lakunya sambil berkata, dia naik angin selepas keputusan kontroversi itu.

Ribery membuat penampilan hebat ketika musim pertama bersama Fiorentina, memberikan kesan dalam padang dan berjaya menarik perhatian peminat Itali dan media.

Fiorentina menegaskan gol Lazio pada minit ke-89 bermula dengan kekasaran dilakukan Jordan Lukaku terhadap Riccardo Sotil dan mereka bingung mengapa pengadil tidak menilai insiden berkenaan menerusi monitor di tepi padang – sebaliknya bergantung kepada pemeriksaan dilakukan pegawai rasmi VAR. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast