Datuk Seri Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) mengemukakan calon kitar semula pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai hanya untuk melemahkan semangat jentera parti.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng yang berusia 55 tahun itu adalah berwibawa dan disokong oleh masyarakat tempatan.

“Kalau macam itu (dakwaan calon kitar semula) kita kalah sekali tidak boleh bertanding, nampaknya Lim Kit Siang, (mendiang) Karpal Singh pun pernah kalah sekali.

“Kalau ikut definasi, calon kitar semula itu sekali. Saya rasa tidak perlu bangkitkan isu kitar semula. Sekali menang atau kalah, tapi Jeck Seng terpaksa rehat,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, tindakan BN dan Pakatan Harapan (PH) meletakan calon didakwa sebagai calon kitar semula bagi memenangi kerusi berkenaan.

Calon PH, Karmaine Sardini pernah bertanding di kerusi Parlimen Pontian pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) bagaimanapun tewas di tangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sementara calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng adalah bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast