Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menasihatkan agar Pas menyokong calon yang ditonjolkan oleh gabungan itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah, Pas sepatutnya menyokong Karmaine Sardini kerana beliau calon Islam dan Melayu.

“Saya rasa Pas perlu sokong calon PH,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Menteri Luar itu merujuk kepada pengumuman Barisan Nasional (BN) semalam mencalonkan calon muka lama, Datuk Wee Jeck Seng daripada MCA semalam.

Dalam pada itu, Saifuddin mempersoalkan bagaimana Pas hendak menyokong calon bukan Melayu yang diketengahkan BN.

“Masalahnya adalah dengan Pas, bagaimana mereka akan berkempen di Tanjung Piai kerana mereka menyokong dan bekerjasama dengan rapat dengan UMNO.

“Kenyataan datang daripada UMNO tidak mengejutkan,” katanya lagi.

Semalam, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng diumumkan calon BN bagi PRK Tanjung Piai dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen itu.

PRK Tanjung Piai hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PH, BN dan Parti Gerakan.

PH dan BN, kedua-dua mengemukakan calon kitar semula dengan mengetengahkan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai Bersatu Karmaine Sardini dan Jeck Seng sebagai calon.

Manakala Gerakan mengemukakan calon muda, Timbalan Setuausaha Agung Gerakan, Wendy Subramaniam sebagai calon. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sebenarnys PH dan kena main dengan UMNO dsn PAS dimsns PH menganggap prnyatusn ummah hanya berkisar kepada melayu dan islam. Sekarang PH dah kekurangsn isu untuk fimsinksn dalam PRK tanjung Piai ini

Comments are closed.