Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Konvensyen Keadilan Wilayah Persekutuan ke 20 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 02 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus memberi perhatian kepada kebimbangan dan keresahan yang disuarakan oleh Lim Guan Eng berhubung pemimpin DAP kini menjadi buruan dan sasaran pihak berkuasa.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sekiranya penahanan beberapa pemimpin DAP mempunyai kaitan dengan aktiviti kumpulan pengganas, pihak berkuasa perlu menyenaraikan badan yang dikategorikan dalam kumpulan itu.

“Saya difahamkan setakat memang ada forum yang telah membincangkan.

“Kalau terkait dengan penahanan (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012), saya telah jelaskan dan parti telah buat pendirian.

“Pertama minta disenaraikan badan-badan yang dikategorikan sebagai pengganas.

“Kita konsisten persoal beberapa peruntukan dalam Sosma yang dianggap bertentangan dengan semangat dan proses kebebasan undang-undang,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP itu semalam yang antara lain berkenaan persoalan yang dibangkitkan sejumlah parti itu berkenaan apa yang dilihat sebagai cubaan pihak berkuasa menyasarkan DAP.

Menurut Guan Eng, tindakan sama tidak diambil pihak berkuasa apabila pemimpin Kerajaan BN sebelum ini yang melakukan kesalahan tidak dikenakan ditahan di bawah SOSMA.

Guan Eng berkata soal itu dibangkitkan dalam mesyuarat wakil rakyat parti itu pada 31 Oktober lalu.

Antara yang ditahan di bawah SOSMA dalam siasatan polis terhadap isu LTTE ialah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, iaitu G. Saminathan (Gadek) and P. Gunasekaran (Seremban Jaya) dan seorang anggota parti itu, V. Suresh Kumar. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ayuh PDRM..jlnkan tugasmu dgn dedikasi dan telus..abaikan suara suara sumbang kepentingan mereka.

Comments are closed.