TERKINI : Ini Cerita Lama “MINDEF Nak Siasat Saya Siasat Laa” – Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak kisah dirinya disiasat ekoran beberapa dakwaan rasuah.

Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO berkata, beliau bersedia disiasat sekiranya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menyiasat isu pertukaran tanah serta dakwaan salah guna kuasa dalam pembelian enam buah helikopter McDonnell Douglas berharga RM300 juta.

“Ini cerita lama yang dibangkitkan semula. Siasatlah saya tidak ada hal.

“Bagi saya yang penting, siasatan mesti dijalankan tetapi kerja pun kena berjalan. Saya tanya kepada Kementerian Pertahanan kalau nak siasat apa yang tidak kena dengan pembelian helikopter atau pertukaran tanah tapi jangan sekat untuk terima aset-aset ini.

1 Komen

  1. Ya siasat lah dgn segera beliau merupa kan satu lagi kuman yg menjalar dlm sestem politik yg buleh mengancam keselamatan kerajaan dgn gerakan bawah tanah sebagai suversif utk menggugat kestabilan pentadbiran kerajaan .

Comments are closed.