Penyanyi, Nabila Razali semasa sesi fotografi pada Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) di Axiata Arena, Bukit Jalil. foto SYAFIQ AMBAK, 03 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Nabila Razali ditegur apabila membaca salah satu ayat al-Quran pada episod pertama drama popular Pesan Pada Hati yang bersiaran pada minggu lalu.

Menerusi Insta Story miliknya, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 27, memuat naik paparan skrin mesej peribadi yang dihantar seorang individu yang menegur mengenai kesilapan bacaannya dalam drama Pesan Pada Hati.

Seorang individu membuat teguran terhadap bacaan al-Quran menerusi laman Instagram miliknya.

“Salam… maaf mengganggu. Nak tegur sikit saja. Ada kesalahan sikit dekat hujung ayat tu. Kalimah sebenarnya Uqbaddar. Nabila baca Qubyaddar. Mohon selepas ini Nabila berhati-hati.

“Saya tegur ni bukan kata saya baik tapi saya belajar bidang ini,” tulisnya.

Drama bersiri Pesan Pada Hati memulakan siarannya pada 25 Oktober lalu menerusi slot Lestari di TV3 dengan menampilkan pelakon utamanya Shukri Yahaya dan Nabila Razali selain barisan pelakon lain seperti Sara Ali, Chacha Maembong, Arja Lee,
Firdaus Ghufran, Liza Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Drama yang bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat ini merupakan drama arahan terakhir Allahyarham Raja Ahmad Alauddin. – MalaysiaGazette