KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan dua kes berasingan SPRM.

Lelaki pertama yang dikesan ialah Loh Kang San, 51, yang mempunyai alamat terakhir di 10-1, Blok C, PPR Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, P/PsK Mohd. Shokray Yahaya di talian 019- 623 6680.

Bagi kes kedua, lelaki yang dikesan ialah Kaliswaran@Ananth A/L R. Kathavarayan, 52, yang mempunyai alamat terakhir di No.76, Lorong Bandar 3, Taman Bukit Desa, Jalan Klang Lama, 58100, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Ps Abdul Rahim Sulaiman di talian 019-323 0052 atau 03-8870 0497 atau e-mel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast