Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata langkah sayap pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dikatakan tidak mahu beliau merasmikan kongres nasional harus dibawa ke pengetahuan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Menurut beliau, hanya Saifuddin yang boleh menjawab mengapa dirinya sebagai individu nombor dua parti itu tidak menerima jemputan itu.

“(Media) Kena tanya Setiausaha Agung PKR,” katanya ringkas.

Mohamed Azmin ditanya mengenai laporan media The Malaysian Insight bahawa bukan menjadi satu kesalahan jika beliau tidak dijemput bagi merasmikan kongres nasional sayap tahun ini.

Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Wanita PKR Batu, Norshita Md. Zain yang berkata amalan itu hanya satu tradisi yang boleh berubah mengikut keadaan.

Malah Norshita tidak setuju dengan usaha sayap pemuda AMK yang dikatakan tidak mahu Mohamed Azmin merasmikan kongres nasional mereka kerana beliau selalu membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti.

Laporan yang memetik sumber dalaman parti mendedahkan AMK mahu menjemput bekas Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Timbalan Perdana Menteri, merasmikan kongresnya.

Namun sayap wanita parti itu bagaimanapun mahu menjemput Azmin. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Jika dulu saya rasakan azmin adalah yg terbaik dalam pkr, tapi semenjak akhir-akhir ini, kesombongan & keangkuhan beliau adalah sangat tidak baik utk kepentingan parti.
    Oleh sbb itu, pimpinan pkr tidak perlu takut utk mengambil langkah yg lebih berani, agar keangkuhan begini tidak merebak keindividu @ pemimpin lain dlm pkr.

  2. Demi perpaduan pkr selayak nya azmi di senyapkan dlm pkr unsor2 ketidak sepakatan dlm pkr harus di tangani dgn tuntas ,api yg membara dlm sekam cukup menyakitkan perpaduan mana2 organisasi apa lagi dlm politik.

Comments are closed.