KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Courts, Genting Highlands hari ini.

Bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara dalam ciapan Twitternya hari ini.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Berhati-hati semua,” katanya yang turut memuatnaik gambar di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian tersebut ada kaitan dengan hakisan akibat hujan lebat sejak kebelakangan ini.- MalaysiaGazette