Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercakap kepada media pada Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 06 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR- Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih belum menerima sebarang surat saman daripada sebuah agensi pelancongan berhubung dakwaan gagal menjelaskan bil pelancongan sebanyak RM300,000.

Beliau telah meminta para pegawainya membuat semakan terhadap kenyataan yang dibuat oleh agensi pelancongan berkenaan.

“Saya telah meminta pegawai-pegawai saya membuat semakan, kalau ada baki yang belum dibayar, saya akan bayar.

“Itu tanggung jawab saya untuk membayar hutang jadi biarlah semakan dibuat terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2019 di sini hari ini.

Ketika ditanya bagaimana isu tidak membayar hutang itu boleh timbul, Mohamed Azmin menjawab; “Saya tidak tahu. Tanyalah mereka.”

Semalam, MalaysiaGazette yang memetik Sarawak Report melaporkan, Timbalan Presiden PKR itu mungkin akan dihadapkan di mahkamah kerana gagal menjelaskan hutang sebanyak RM300,000 kepada sebuah agensi pelancongan.

Sarawak Report memetik dokumen difailkan YHA Travel & Tours dan jumlah itu termasuk tambang penerbangan Ahli Parlimen Gombak itu dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun plaintif dan atau wakilnya berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, jumlah terkumpul itu tidak pernah dibayar walaupun jumlah didakwa itu tidak pernah dipertikaikan,” kata agensi pelancongan itu dalam writ saman yang dipetik Sarawak Report. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Agensi pelancongan dakwa Azmin gagal bayar RM300,000

1 Komen

  1. hutang sendiri pon x tahu ,macamana nak urus nagara dah lah biar berkliaran di dunia juga x tahu ke? agak2 masyewarat pkr pon setahun x hadhir juga x tahu , apa mentrri mkn gaji free ke? semua x tahu.

Comments are closed.