Beberapa kereta api laju yang terkandas selepas Tokyo dinaiki air selepas dilanda Taufan Hagibis pada Oktober 2019. foto Reuters

TOKYO – Sebanyak 10 keretapi laju yang terkandas dalam banjir semasa Taufan Hagibis bulan lalu tidak boleh lagi digunakan.

Sebahagian daripada komponen masih boleh digunakan tetapi ia kerugian nilai tempahan antara AS$ 110 juta dan AS$ 135 juta, kata media Jepun.

Kereta api Hokuriku-Shinkansen diletakkan di kawasan lapang di bandar Nagano.

Taufan Hagibis yang membawa angin selaju 225km/j (140mph) pada hujung minggu 12-13 Oktober lalu telah mengorbankan kira-kira 90 orang dan menyebabkan ribuan orang mengalami banjir.

Ia adalah ribut terburuk negara dalam beberapa dekad.

Setiap kereta api itu membawa 12 gerabak.

Ia digunakan untuk menghubungkan Tokyo dengan Kanazawa yang terletak di perairan barat.

Presiden Keretapi Syarikat Timur, Yuji Fukasawa dalam taklimat media berkata, banjir telah merosakkan banyak komponen penting, termasuk sistem motor dan brek.

Beliau berkata “dari segi kestabilan dan keselamatan adalah wajar” untuk menggantikan dengan kereta api baharu.

Syarikatnya memiliki lapan kereta api. Dua lagi, yang dimiliki oleh Syarikat Kereta Api Jepun Barat, juga tidak boleh lagi digunakan.

Operasi kereta api laju kini hanya 80%.

“Kami mensasar untuk mengembalikan perkhidmatan 100% pada akhir tahun kewangan syarikat iaitu pada Mac tahun depan,” kata Fukasawa. – MalaysiaGazette