TERKINI : Menang Wee Jeck Seng “Saya Ada Kawan” di Parlimen – Wee Ka Siong

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong bakal mendapat teman di Dewan Rakyat sekiranya pengundi di Parlimen Tajung Piai memberi mandat kepada calon MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng pada pilihan raya kecil (PRK) yang bakal berlangsung 16 November ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti MCA akan mempunyai masa depan yang lebih cerah dan masyarakat Cina pula ada suara yang kuat.

Ini kerana katanya, pada masa ini suara masyarakat Cina yang dibela oleh MCA hanya ada satu kerusi di Dewan Rakyat dan jumlah itu perlu ditambah.