TERKINI : MED Catat Perolehan RM5.312 Bilion Dalam VIP2

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) bakal mencatatkan perolehan sehingga RM5.312 bilion menerusi Program Perkongsian Inovasi Vendor (VIP2) anjurannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 12 hingga 13 November ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, ia mampu dicatat dengan penyertaan sebanyak 1,288 vendor dan 21 syarikat induk dalam program yang menyediakan platform untuk mengembangkan perniagaan, merangkumi pelbagai peringkat rantaian bekalan tempatan.

“Penganjuran VIP2 ini seiring dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030.