TERKINI : ISU MB Perak dengan PKR dan DAP “Serah Kepada Majlis Presiden PH” – Mohd Redzuan

KUKUP – Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menyangkal dakwaan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kononnya kerajaan Pakatan Harapan di Perak akan tumbang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyifatkan kenyataan berimaginasi yang dilontarkan Ahli Parlimen Bagan Datok itu adalah menyampah sambil menjelaskan pentadbiran PH di Perak tidak akan berpecah seperti diviralkan pembangkang ketika ini.

“Saya tak mahu cerita omong-omong yang berlaku atau cerita di pintu belakang, tapi kita kena cakap atas dasar dan fakta.

“Saya tak nampak itu (perpecahan atau pertukaran kerajaan Perak akan berlaku,” katanya kepada pemberita di Majlis Kenduri Rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) PH di Kampung Tenggayun tengahari tadi bersama calon PH, Karmaine Sardini.