Veranita Yosephine Sinaga

JAKARTA – AirAsia mengumumkan pelantikan Veranita Yosephine Sinaga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia (PT Indonesia AirAsia).

Pelantikan itu berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan Dendy Kurniawan.

Sebagai pemimpin pasukan kanan AirAsia, Veranita bertanggungjawab dalam operasi syarikat penerbangan itu di Indonesia, memastikan pengekalan harga berpatutan.

Bekerjasama dengan pihak berkepentingan kerajaan dan industri, Veranita juga akan memainkan peranan yang penting dalam memimpin usaha transformasi tempatan memandangkan syarikat memperluaskan pengangkutan udara untuk menawarkan perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup, serta perkhidmatan kewangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast