Menteri Hal Ehwal Ekonomi merangkap TImbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali sambil diiringi Timbalan Presiden Amanah Negara merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (tiga kiri) , Menteri Luar Negeri merangkap Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah (lima kanan) dan Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (tujuh kanan) beramah mesra dengan penduduk pada Program Petang Bersama Penduduk bagi membantu calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kukup, Johor. foto AFFAN FAUZI, 10 NOVEMBER 2019

KUKUP – Datuk Dr. Sahruddin Jamal menafikan wujud rasa tidak gembira dalam akar umbi DAP berkempen untuk calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Tanjung Piai.

Pengarah Jentera PRK Pakatan Harapan (PH) itu berkata, setakat ini tidak wujud senario seperti itu sebagaimana diakui Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng pada Konvensyen DAP NBegeri Selangor hari ini.

“Hubungan kami dengan DAP dan parti-parti lain PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) masih mesra dan akrab dan boleh bekerjasama. Sehingga saat ini pada pandangan saya hubungan kami masih bagus.

“DAP setakat hingga malam tadi saya masih bersama pemimpin dan pasukan jentera daripada DAP, Lim kIt Siang Lim Guan Eng semua turun berceramah tidak ada masalah.

“Apapun sekali kami masih bekerjasama rapat. InsyaAllah yang penting sekarang ialah kita kena fokus bahawa kita mesti menang Tanjung Piai,supaya jadi kita punya,” katanya dalam sidang media di Kampung Kukup Laut.

Beliau bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Presiden PAN, Datuk Saifuddin Abdullah hadir sesi santai bersama komuniti nelayan di Kukup.

Dalam konvensyen tahunan hari ini, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan yang mengakui wujud sedikit rasa tidak ‘gembira’ dalam kalangan ahli parti itu untuk berkempen pada PRK tersebut bagaimanapun menyatakan keyakinan isu itu akan ditangani secara dalaman dengan baik.

SEmentara itu, Dr. Sahruddin enggan mengulas isu pemberian kad sim Celcom pada ceramah perdana PH semalam.

“Tentang sim card itu saya tidak dimaklumkan, saya tak nak komen apa apa,” katanya. – MalaysiaGazette