Rakyat mudah lupa selalu termakan janji orang politik.

PONTIAN – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira kerana ceramah beliau di Taman Kota Emas malam ini dibanjiri orang ramai, perkembangan memberangsangkan buat pertama kali dalam temph 10 hari berlangsungnya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

“Saya baca laporan berita bahawa tidak ramai yang menghadiri ke ceramah Pakatan Harapan di Tanjung Piai.

“Tetapi sekarang saya lihat depan mata ramai orang hadir ke ceramah malam ini,” katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 600 hadirin ceramah yang turut dihadiri beberapa pemimpin PH termasuk Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga meminta rakyat tidak terpesong dengan dakyah sambil menjamin empat parti sekutu dalam PH kekal utuh sebagai satu keluarga.

“Saudara saudari mereka di sebelah sana boleh bercakap bahawa PH sudah retak dan akan tumbang dan bermacam-macam, tapi saya beri jaminan ia tidak benar dan kami masih kukuh sebagai satu keluarga.” katanya.

Beliau juga meminta rakyat supaya bersatu padu dan melayan kaum Cina dan India sebagai keluarga sendiri tanpa memisahkan dengan kelas pertama, kelas kedua sebaliknya semua adalah sama di negara yang majmuk dan unik ini.

“Sebagai pengundi Tanjung Piai, buatlah keputusan bijak dan tepat dengan memilih Karmaine Sardini calon PH sebab walaupun dia dari PPBM tetapi merupakan calon yang mewakili parti PH yang mewakili pelbagai kaum.

“Dia boleh menjaga dan membela kebajikan anda semua di kawasan Parlimen ini apabila menang nanti,” katanya.

Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Ceramah Perdana Pakatan Harapan sempena bagi membantu calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai di Pejabat Cabang PKR Tanjung Piai, Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 11 NOVEMBER 2019

Anwar juga menyentuh mengenai ekonomi dan pendidikan yang menurut beliau menjadi masalah utama para pekebun yang perlu diselesaikan kerajaan menerusi dasar ekonomi yang lebih baik.

Beliau juga meminta supaya tidak memusuhi DAP sambil menegaskan jika parti sekutu itu membantu rakyat maka semua pihak perlu berganding bahu bersamanya dan itu pendirian PH.

“Kita mahu negara ini angkat pemimpin yang tak salah guna kuasa dan rakyat kena bersama dalam menjayakan usaha itu.

“Di Tanjung Piai kita mahu wakil calon PH dengan dasar kita tidak mahu mengangkat pemimpin salah guna kuasa dan rompak rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

    • Betul tu geli geleman aku..lg satu dia kata Arwah Hj Karmainie tu boleh jaga semua kaum? Habis tu yg Lim Guan Eng nak lantik Si Tong utk wakil kaum Cina jika PH menang buat apa? Kan Hj Karmainie ada??? Huftt

  1. Tak dgr ke apa Ucapan LGE pd ceramah Di hadapan kaum cina Di tg piai… Hj karmine hanya mestilah dirujuk pd nya tentang apa apa peruntukan Di Tanjung piai.. Dan keutamaannya pd kaum cina… Lebih kurang macam tu lah… Nak Lebih faham lagi Mungkin Ada Di YouTube…

Comments are closed.