Paul Stadlen

KUALA LUMPUR – Bekas Penasihat Media kepada Datuk Seri Najib Razak kini dipercayai berlindung di Israel.

Paul Stadlen telah melarikan diri selepas cubaan menahannya di negara asalnya di United Kingdom.

Menurut laporan The Edge, Stadlen didakwa kes penggubahan wang haram di negara ini pada Februari lalu itu dikatakan ‘berhijrah’ ke Israel pada pertengahan tahun ini dan sejak itu tidak pernah keluar lagi.

Ekoran permintaan ekstradisi oleh kerajaan Malaysia, mahkamah di London telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada 10 Oktober lalu tetapi gagal ditemukan.

Dalam masa yang sama, Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.

Sebelum itu, Stadlen bertugas untuk APCO International yang dikatakan memperkenalkan konsep Satu Israel yang kemudiannya ditiru Najib semasa menjadi perdana menteri dengan Satu Malaysia pada tahun 2009.

Stadlen yang berkhidmat selama sembilan tahun bagi tugas media sosial Najib didakwa atas kesalahan penggubahan wang haram melibatkan RM14.3 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau dikatakan terbang ke luar Malaysia sebaik sahaja Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU-14 lalu.- MalaysiaGazette