CHICAGO – Burger King memperkenalkan burger Whopper bebas daging di 25 negara Eropah yang menggunakan “daging” burger sayuran yang dibuat oleh Unilever Plc.

Pengenalan “daging” burger yang dibuat berasaskan tanaman itu adalah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran makanan berasaskan tumbuhan yang semakin meningkat ketika ini, lapor Reuters.

Peningkatan kesedaran mengenai impak kepada kesihatan dan alam sekitar yang dihasilkan daripada penternakan haiwan menyebabkan restoran-restoran dan rak daging sejuk beku kini mula dibanjiri dengan makanan berasaskan protein tumbuhan.

Jenama makanan bebas daging keluaran Unilever, The Butcher bakal membekalkan “daging” burger untuk Rebel Whopper ke lebih 2,500 cawangan Burger King di seluruh negara termasuk Jerman, Sepanyol, Poland dan Itali.

Burger tersebut bakal menjadi pelancaran produk terbesar oleh Burger King.

Rebel Whopper dijual pada harga yang sama dengan burger Whopper biasa di Eropah bagaimanapun di Amerika Utara, burger tersebut dijual AS$1 hingga AS$1.50 dolar lebih mahal daripada burger yang menggunakan daging lembu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast