Foto Daily Star

PARIS – Bintang sensasi bola sepak dunia, Neymar terus mencuri perhatian apabila dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan model Sepanyol, Noa Saez, lapor Daily Mail.

Penyerang Paris Saint-German (PSG) sebelum ini telah berpisah dengan aktres Brazil, Bruna Marquezine 13 bulan lalu.

Namun spekulasi semakin menjadi kenyataan apabila Noa sendiri memuat naik foto bersama Neymar menerusi Instagram Story.

Posting itu ternyata menarik perhatian ramai sehingga pengikut baharu Noa naik dengan mendadak.

Mereka dikatakan keluar makan malam bersama di sebuah restoran pada Sabtu lalu. – MalaysiaGazette