Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KUKUP – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menganggap Setiauaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengecam penjawat awam sebagai punca kerajaan PH gagal melaksanakan janji 100 hari.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan itu berkata, ia mungkin pandangan peribadi Menteri Kewangan itu yang meminta penjawat awam memberi kerjasama dalam meneruskan dasar pentadbiran kerajaan PH.

“Saya tak fikir dia kecam (penjawat awam). Itu pandangan yang mingkin katakan memerlukan kerjasama penjawat awam.

“Saya berpandangan bahawa untuk menentukan segala dasar kerajaan, paling utama ialah perlukan kerjasama penjawat awam peringkat Persekutuan baik di peringkat kerajaan tempatan.

“Disebabkan kita masih baharu setahun 6 bulan menubuhkan kerajaan mereka masih belum mengikuti dasar-dasar baharu yang cuba dilaksanakan kita dan mereka perlukan masa,” katanya dalam sidang Media Pakatan Harapan PRK di Bilik Gerakan Utama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sebuah klip video ucapan Guan Eng dalam bahasa Mandarin yang dakwa pemimpin pembangkang dari Barisan Nasional bahawa Menteri Kewangan itu mengecam penjawat awam kerana tidak mahu bekerjasama dengan PH yang menyebabkan menunaikan janji 100 hari.

Tambahnya, apa yang telah dikatakan pemimpin DAP itu adalah bagaimana kaedah penjawat awam memahami dasar kerajaan.

“Saya juga faham bahawa pelbagai usaha telah dibuat kerajaan PH termasuk kursus, kemakmuran bersama dan sebagainya supaya mereka komited kepada kerajaan memerintah hari ini itu yang penting.

“Lagipun saya tak tahu pasal video tular itu. Saya tak lihat video itu lagi sebab saya tak faham bahasa Mandarin. Lahgipun baru diberitahu mengenai video itu,” katanya. – MalaysiaGazette