KUALA LUMPUR – Akhirnya pimpinan Pakatan Harapan (PH) terutamanya parti Bersatu menerima kekalahan besar mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai sebentar tadi.
Terbaharu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sahaja menerima kekalahan besar di Tanjung Piai sebaliknya mengakui kemenangan ini adalah suara rakyat.
Malah kata Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan, kemarahan rakyat yang dilihatnya telah beralih arah dengan mengundi Barisan Nasional (BN) itu akan dijawab melalui ‘tindakan’ kelak.
“Kekalahan ini pahit untuk ditelan, rakyat sudah bersuara. Suara rakyat adalah suara keramat.
“Saya memohon maaf dengan penuh keikhlasan kepada semua golongan muda Malaysia kerana ‘kekilafan’ saya sendiri. Kemarahan ini perlu dijawab dengan tindakan.
“Sekali lagi saya memohon maaf,” katanya dalam laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.
Calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, muncul pemenang kerusi PRK Parlimen Tanjung Piai.
Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di pusat penjumlahan undi, di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.
Menerusi 106 daripada 128 peti undi yang selesai dikira, Jeck Seng memperoleh 20,990 undi, manakala pesaing terdekat daripada Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, memperoleh 8,173 undi.
Calon GERAKAN, Wendy Subramiam memperoleh 1,371 undi , manakala calon BERJASA, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (704) dan dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (281) serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar (26). –MalaysiaGazette
Marhem tahu lama dah
Tak perlu minta maaf lah..rakyat tahu ko tahap mana..lain kali jgn nk ckp besar dan besar kepala…kami tak nampak impak yg ko bawa selama menjawat Menteri Belia dan Sukan.