Dr. Syed Husin Ali

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) merupakan satu referendum terhadap Pakatan Harapan (PH), pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengasas Bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali berkata, keputusan PRK itu paling jelas.

Tegasnya, rakyat kecewa dan mahu mengajar PH khususnya kepada Dr Mahathir.

“Beliau harus tahu apa yang patut dilakukannya dengan segera. Jangan dolak dalik lagi!,” katanya menerusi Twitter.

Keputusan PRK Parlimen Tanjung Piau menyaksikan calon BN, Datuk Dr Wee Jeck Seng menang besar dalam keputusan tidak rasmi, setakat ini memperoleh 22,254 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan, Karmanie Sardini yang meraih 8,821 undi.

Selain calon PH, Jeck Seng menerima tentangan daripada calon Gerakan Wendy Subramaniam; calon Berjasa Datuk Dr. Ir. Badrulhisham Abdul Aziz dan dua calon bebas anak tempatan Pontian iaitu Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Teguran dari rakyat yg sgt dahsyat kat TP. Madey patut ubah Cara pentadbirannya. Jgn guna langsung nasihat DAP kerana bila kita amati, semua saranan mereka hanya menjatuhkan sesuatu kaum yg mereka xsuka. Maddey masih ada 3tahun lebih untuk memenangi hati rakyat semula. Berubahlah menjadi lebih baik dari BN bukan lebih buruk mcm skg. Kembalikan hak rakyat yg BN bagi selamat ini dan tambahbaikkan. Jgnlah berzikir setiap hati konon org itu pencuri, org ini penyangak sedangkan mahkamah membuktikan org itu jujur dlm pentadbirannya. Akhir sekali saya nak minta maddey didik keluarga dia dulu dgn Islam, jgn gunakan hak rakyat buat mcm hak sendiri, kembalikan apa sahaja hak rakyat kpd rakyat dan buang semua menteri2 bodoh (Maddey kenal siapa menteri2 bodoh tersebut).

Comments are closed.