Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR – Keputusan pilihan raya kecil Tanjung Piai yang memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng malam ini turut memberi kesan kepada parti PKR.

Ketua Setiausaha Pengelola Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika mengulas kekalahan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini berkata, keputusan itu seharusnya menjadi peluang untuk mereka bermuhasabah.

“Kita mesti kembali fokus reformasi politik dan ekonomi yang menjadi teras Buku Harapan,” katanya menerusi ciapan ringkas akaun Twitternya, malam ini.

Dalam PRK ini, Dr. Wee Jeck Seng dari parti MCA berjaya merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,085 undi setelah mendapat 25,466 undi, mengalahkan Karmaine dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) YANG memperoleh 15,086 undi.

Calon dari parti Gerakan, Wendy Subramaniam mendapat 1,707 undi, diikuti Berjasa, Datuk Dr. Badrulhisham Abdul Aziz (850 undi) dan dua calon bebas, Dr. Ang Chuan Loc (380 undi) dan Faridah Aryani Abdul Ghafar mewakili Gabungan Teksi Semenanjung Malaysia (32 undi).

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus PRK Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir di Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dari DAP, Young Sefura Othman turut mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan itu.

Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim pula menyifatkan kemenangan BN di Tanjung Piai bukan suatu yang mengejutkan.

Beliau memberi alasan, ramai pengundi di kawasan itu masih menganggap Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin BN dan imejnya begitu populariti sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast