Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bahador dan isteri, Puan Seri Norazrin Marzuki bergambar kenangan bersama 9 pasangan pengantin Polis DiRaja Malaysia yang diraikan pada Majlis Walimatul Urus PDRM di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 17 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan pasangan mempelai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dirai dalam satu majlis di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis di sini hari ini.

Majlis yang diadakan secara meriah itu mendapat kerjasama Bank Muamalat (M) Bhd.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika berucap berkata, bank tersebut menyumbangkan RM100,000 untuk membuat persiapan majlis persandingan kesemua pengantin anggota PDRM hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau harap agar sumbangan pada tahun depan akan ditambah agar dapat meraikan lebih ramai anggota polis yang kurang mampu menganjurkan majlis.

“Saya hendak ingatkan Ketua Pegawai Operasi Bank Muamalat (Peer Mohamed Ibramsha) ada dua atau tiga dozen lagi anggota akan kahwin tahun depan, minta Bank Muamalat tambah peruntukan pada tahun depan,” selorohnya.

Untuk rekod, majlis sebegini merupakan kali kedua diadakan oleh PDRM dengan kerjasama Bank Muamalat dan pertama diadakan pada tahun lalu.

Pada majlis sama juga ahli keluarga, sanak-saudara serta kenalan sembilan pasangan mempelai turut diraikan.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.