RIYADH – Arab Saudi telah membuat penilaian awal Aramco antara AS$ 1.6 trilion dan AS$ 1.7 trilion.

Syarikat minyak milik Arab Saudi ini telah menerbitkan prospektus terkini untuk tawaran awam awal (IPO), untuk meraih lebih daripada AS$ 25 bilion untuk penjualan 1.5% sahamnya.

Ia akan menjadikannya IPO terbesar di dunia daripada syarikat yang paling menguntungkan di dunia

Angka itu lebih rendah daripada penilaian AS$ 2 trilion yang disasarkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

“Saiz tawaran asas akan menjadi 1.5% daripada saham-saham terkumpul syarikat,” kata itu yang menetapkan harga pada 30-32 riyal Saudi sesaham (AS$ 8- AS$ 8.5).

Dengan ini, nilai IPO Adalah sebanyak 96 bilion riyal (AS$25.60).

Jika harga berada di paras tertinggi, IPO Aramco dijangka dapat menewaskan rekod harga AS$ 25 bilion yang dicapai oleh syarikat gergasi e-dagang Alibaba China pada tahun 2014.

Pelabur runcit individu, serta institusi besar, akan mempunyai peluang untuk membeli saham.

Aramco pada mulanya dijangka menjual kira-kira 5% sahamnya di dua bursa, dengan penyenaraian pertama sebanyak 2% pada Bursa Tadawul dan 3% di bursa luar negara.

Selepas pengapungan itu, Aramco tidak akan menyenaraikan lebih banyak saham selama enam bulan, menurut prospektus.

Walaupun salah satu tarikan pelabur adalah potensi dividen yang tinggi, dokumen itu berkata, Aramco mempunyai hak untuk mengubah dasar dividen tanpa notis terlebih dahulu.

Aramco telah mengupah sejumlah gergasi perbankan antarabangsa termasuk Citibank, Credit Suisse dan HSBC sebagai penasihat kewangan untuk menilai kepentingan dalam penjualan saham dan menetapkan harga.

Tahun lalu Aramco mencatatkan keuntungan sebanyak AS$ 111 bilion. Dalam sembilan bulan pertama tahun ini, keuntungan bersihnya turun 18% kepada AS$ 68 bilion. – MalaysiaGazette