Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Walaupun DAP menonjolkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri (PM) tetapi mereka sebenarnya mahu mengambilalih kepimpinan negara.

Itu pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ciapan twitternya hari ini.

Selepas Anwar menggantikan PM sekarang, Tun Dr. Mahathir Mohamad, katanya, DAP akhirnya akan ‘melompat’ menjadi PM.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu juga menyifatkan pihak lain yang dipercayai merujuk kepada Anwar didakwa sangat rakus dan tidak sabar menunggu masa sesuai menjadi PM.

Kenyataan itu dipercayai ada kaitan dengan kemelut yang berlaku sekarang apabila ada pimpinan DAP mulai bersuara mahu Mahathir meletakkan jawatan selepas kekalahan teruk Pakatan Harapan di PRK Parlimen Tanjung Piai baru-baru ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Minta kerajaan kaji semula parti2 politik menggunakan nama Islam kerana ianya mencemarkan kesucian Islam dgn kenyataan2 yg kurang sesuai.
    Kita sanggup menyantuni Syiah Iran tetapi mempunyai perasangka yg buruk terhadap musuh politik. Ini sesuatu yg bertentangan dgn Islam dan bakal merosakkan kesatuan dan kekuatan ummah.

Comments are closed.