Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Selaku wakil parti pembangkang, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya terlibat dalam isu kepimpinan Pakatan Harapan (PH), kata Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya menurut Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu, parti pembangkang perlu konsisten menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dan membuktikan lebih baik dari PH.

“Isu kepimpinan ini isu PH dan kita tidak sepatutnya terlibat. Sebagai parti pembangkang, tanggungjawab kita adalah tumpukan kepada soal rakyat.

“Kita mesti nampak sebagai parti yang terus-menerus memberi alternatif, naratif dari segi apa yang patut dilakukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara,” kata ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pertemuan sekumpulan ahli parlimen BN bersama Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan di Putrajaya malam tadi.

Senada dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tindakan semua Ahli Parlimen BN bersama-sama lima pemimpin PKR yang bertemu dengan Mohamed Azmin perlu disiasat lembaga disiplin parti dalam masa yang sama penjelasan yang konkrit perlu diberikan.

Jelas Najib, tindakan tersebut telah menimbulkan pelbagai persepsi apatah lagi ia tidak diadakan di pejabat dan pada waktu malam yang menggambarkan perbincangan tidak rasmi sedang berlangsung pada masa itu.

“Diberi alasan tertentu mengapa dibuat (pertemuan itu) tapi kalau ada apa-apa pertemuan.

“Sekurang-kurangnya patut diadakan di pejabat, bukan di rumah. Kalau buat di rumah, tengah malam, ia membawa pelbagai intepretasi tapi kalau nak bincang tentang projek, sepatutnya dibuat di pejabat dan dimaklumkan kepada whip parti atau ketua pembangkang,” tambahnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast