Adly Zahari

MELAKA – Ketua Menteri Adly Zahari hari ini menepis dakwaan bahawa usul undi tidak percaya akan dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka esok bagi menolak Belanjawan Melaka 2020 yang dibentang beliau pada Isnin lepas.

Katanya beliau tidak tahu mengenai perkara itu dan persidangan hari keempat esok akan berjalan seperti dijadualkan dengan beliau akan mengulung perbahasan belanjawan itu.

“Saya akan buat persiapan seperti biasa untuk penggulungan perbahasan Belanjawan (Melaka) 2020 esok bagi proses undian meluluskan belanjawan dan ia dilakukan bagi kepentingan rakyat negeri Melaka,” katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN hari ini.

Sebuah portal memetik laporan sebuah akhbar yang mendakwa undi tidak percaya akan dilakukan untuk menafikan belanjawan negeri bagi menjatuhkan Adly sebagai ketua menteri Melaka, dengan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) Melaka telah bertemu dengan wakil rakyat UMNO di luar negara bagi tujuan itu.

BACA: Undi tidak percaya di Melaka Khamis ini?

— BERNAMA