Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tiga kanan) diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (dua kiri), Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (dua kanan), Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) dan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Samsudin Osman (kiri) menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2019 anjuran KWSP di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 21 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa rakyat Malaysia supaya memastikan kemakmuran yang dikecapi mereka ketika ini dapat dikongsikan dengan semua orang.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan tidak ada dalam kalangan rakyat di negara ini akan ketinggalan di belakang.

“Untuk melakukan ini, kita mesti meluangkan masa membantu golongan yang lemah, terutamanya yang generasi lebih muda untuk menjamin kualiti, pekerjaan yang bermaruah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Dana Majikan Pekerja 2019 dan Pelancaran Malaysia@work di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dr Mahathir berkata, semua rakyat Malaysia mempunyai peranan dalam mengatasi cabaran yang disebabkan oleh masalah pengangguran kerana ia akan menjejaskan semua peringkat masyarakat sekiranya dibiarkan tanpa dikawal.

Justeru Dr Mahathir berkata, Malaysia# atau Malaysia Di Tempat Kerja adalah jawapan bagi menyelesaikan cabaran pasaran pekerjaan ketika ini.

Ujarnya, melalui insentif pengambilan pekerja untuk majikan, kerajaan mahu lebih banyak lagi tenaga kerja dihasilkan pada masa akan datang.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, Malaysia kini mengalami peralihan ekonomi dan sosial yang utama dari dalam dan luar.

Katanya, perkara itu berlaku ekoran ketidakpastian yang dibawa oleh kemajuan teknologi, inovasi, perdagangan dan krisis politik hingga menjadikan Malaysia komited dan fokus untuk memastikan semua rakyat tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.

Tetapi kita mesti sentiasa beringat bahawa setiap tindakan perlu bergerak ke hadapan tetapi kadang-kadang mempunyai reaksi negatif, menyebabkan kita ditinggalkan.

“Kemajuan adalah perkara menarik dan tidak sepatutnya tidak mengorbankan kebaikan. Sekiranya kemajuan sahaja faedahnya sedikit, maka ia tidak akan dapat dikekalkan. Ia juga bukan satu pilihan,”ujarnya.

Dr Mahathir turut berharap agaar persidangan dua hari yang berlangsung hari ini akan menjadi produktif dan memberi manfaat kepada bagi semua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast